SELAMAT DATANG DI BLOG BELIANET SAMAHANI

Ketawa Pengobat Paling Mujarab Kepada Keresahan

Manusia adalah makhluk tuhan yang tidak pernah lari daripada dibelenggu masalah. Hampir saja setiap hari pasti ada dikalangan anda yang dibelenggu dengan berbagai masalah yang mungkin timbul daripada keluarga, rumah, alam pembelajaran, alam pekerjaan, lingkungan sekitaran dan banyak lagi yang bisa mendorong anda untuk menghadapi tekanan hidup.
Mampukah anda mengakui bahwa anda bebas daripada tekanan? Tidak dihimpit stres, dibelenggu masalah dan diruntun emosi? Taukah anda bahwa ketawa itu bukanlah sekadar frasa motivasi? mari kita ketahui beberapa kelebihan ketawa dalam kehidupan anda.

Mengurangkan Stres

Kadar hormon stres seperti kortisol dan adrenalin cenderung untuk menurun apabila sesorang itu ketawa. Sebenarnya hormon-hormon merupakan sel yang bertanggungjawab menyalurkan tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang kemungkinannya boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kemerosotan kesehatan. Selain ia dapat membantu mengurangkan stres dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh, kajian mendapati bahwa ketawa sangat bermanfaat untuk rawatan penyakitt kanser dan HIV.

Memperbaiki Aliran dan Tekanan Darah

Ketawa terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah serta meningkatkan aliran darah vaskular. Kesan secara langsungnya dapat dilihat apabila kelancaran peredaran darah menaik juga peningkatan oksigen dalam darah. Ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.

Senaman

Penyelidikan yang dijalankan oleh UOC menunjukkan beberapa kesan baik daripada perlakuan ketawa. Ketahuilah bawaa jumpal tenaga yagn digunakan apabila ketawa sebanyak 100 kali adalah bersamaan dengan 10 menit mendayung sampan atau 15 mini mengayuh sepeda.

Ketahanan Tubuh

Dari sudut kesiehatan pula, kadar savlivary immunoglobulin A (IgA) dalam badan dapat dipertingkatkan hanya dengan ketawa. IgA merupakan antibodi yang penting bari memerangi bakteria dan jangkitan dalam sistem pernafasan.

Menghilangkan sakit

Sejak dahulu kala, ketawa secara tidak langsung menjadi rawatan secara semula jadi yang membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun bersifat sementara. Oleh sebab itulah wujudnya frasa ‘ketawa merupakan obat terbaik’.

Kemahiran Bersosial

Sejauh mana kesadaran anda bahwa ketawa dapat memudahkan sesorang berkomunikasi? Kebiasaanya seorang yang mudah tertawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding orang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab kesan daripada sering ketawa.

Mengurangkan Agersif

Gelak ketawa bisa menyebabkan seseorang menjadi lebih bertenaga dan kurang agresif. Sifat riang yang dicambah daripada ketawa boleh membantu membentuk perspektif yang leiih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Sadarkah anda, seseorang yang gemar menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding mereka yang tidak atau jarang menontonya.

Memberi Tenaga Organ Dalaman

Seperti yang telah dinyatakan, ketawa mampu meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stres dan bertindak sebagai sejenis senaman. Dalam kata lain, ketawa membantu mnecerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ selari denan tindakan yang dilakukan lantaran memberikan tenaga terhadap orgng-organ ini untuk berfungsi dengan lebih baik.
Jadi pada anda yang selalu dibelenggu dengan keresahan, mulakan dengan obatinya dengan ketawa. Jika anda sukar untuk ketawa cari apa-apa bahan yang melucukan seperti membaca komik lawak, menonton video lucu dan sebagainya. Sedikit sebanyak dengan ketawa anda dapat melupakan seketika masalah yang anda hadapi dan dengan itu tekanan anda akan berkurangan. Harus diingatkan, orang yang menghadapi tekanan berlebihan ini akan bertindak agresif dan disebabkan itu  badan bertindak tanpa berfikir secara rasional.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar


Pengikut