SELAMAT DATANG DI BLOG BELIANET SAMAHANI

Tiga Sebab Mengapa Orang Yang Bercinta Perlu menikah seCepat nya

Ada yang berkata Cinta itu perlu dalam perkawinan. Perkawinan atas dasar cinta kepada Allah memang sangat-sangat perlu, dan ianya memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Manakala bercinta atas dasar suka-suka atau memuaskan hawa nafsu sangat ditegah karena ia bukan mendatangkan kebaikkan tetapi hanya mendatangkan kemungkaran dan keburukan pada masa akan datang.
Jangan bercinta jika anda tidak mau akhirinya dengan perkawinan. Ada orang seperti tidak tahu kenapa mereka bercinta. Mereka habiskan masa seharian bersama–sama, tetapi ujungnya adalah tidak pasti. Tiga sebab yang ingin dibagikan disini bersama anda mengapa anda perlu cepat–cepat menikah setelah menemui pasangan yang sesuai.

Anda Akan Lebih Bahagia

Adanya ikatan yang sah akan mengurangkan risiko hubungan anda berdua dari dipandangan orang yang tidak baik. Anda juga lebih bahagia karena bebas untuk berpergian ke mana–mana saja yang anda suka. Hubungan seks juga boleh di lakukan secara sah dan anda boleh memiliki keluarga yang sah tanpa ada kerisauan di dalam hati.

Dugaan Kurang

Orang yang bercinta selalunya akan ada banyak dugaan yang susah susah. Contohnya jika anda bergaduh akan perkara kecil, hubungan anda berdua mungkin akan terus terputus kerana tiadanya ikatan yang sah antara anda berdua. Sebab itu banyak yang bercinta terlalu lama, akhirnya menikah dengan orang lain.

Fokus Beribadah Dan Kejar Impian

Apabila anda menikah, masalah anda untuk fokus sudah hilang kerana si dia sudah sah jadi milik anda. Anda boleh beribadah dengan tenang dan anda juga bebas untuk mengejar impian anda.
Ayat Cinta Versi English mengatakan bahawa
“You must marry your loved ones. With love, you can overcome anything. Because, true love is the most powerful magic in the world”
Percintaan tanpa ada perancangan akhir hanya akan memberi kesakitan pada akhirnya berbanding kebahagiaan. Perkahwinan adalah perkara yang penting. Jadi, cintailah seseorang yang anda rasa akan jadi pasangan anda kelak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar


Pengikut