SELAMAT DATANG DI BLOG BELIANET SAMAHANI

Jatuh Cinta Dengan Teman Baik

Alangkah beruntungnya jika mempunyai seorang sahabat baik yang sering berada di sisi anda. Anda berdua sering bertukar cerita, saling membantu, berbagi masalah dan suka-duka kehidupan. Saling menyokong satu sama lain, seperti mana seorang sahabat sentiasa memberi sokongan kepada sahabat.

Tanpa anda sadari, anda sudah jatuh cinta dengan teman baik anda. Tidak salah untuk anda jatuh cinta kepada sahabat anda, sekiranya anda masing-masing masih  singgle. Bagaimanakah seterusnya?
Dilema: Persahabatan vs Percintaan
Kebanyakan individu yang jatuh cinta kepada sahabat baik mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan. Ini karana mereka berpendapat tali persahabatan yang sudah terbina sekian lama amat berharga dan mereka kwuatir seandainya hasrat cinta mereka diluahkan, persahabatan itu akan terganggu. Malah jika tidak kena caranya, persabahatan terputus. Setiap perkara ada risiko, sama ada kecil atau besar. Sebelum pergi lebih jauh, selami hati anda terlebih dahulu dan putuskan apa yang anda mau dalam hidup.
Strategi
Jangan sesekali bertindak terburu-buru. Jika dia hanya kenalan biasa, mungkin lebih mudah mengungkapkan cinta. Tetapi, bagi seorang sahabat baik, lebih sukar untuk mencurahkan isi hati anda. Si dia mungkin akan terkejut, bertindak defensif lalu menjauhkan diri. Jika anda sukakan dia, awali  dengan memberi sedikit demi sedikit pertanda agar dia bisa mencerna perubahan rasa hati anda dengan lebih terbuka dan rasional. Dalam pada itu, risik reaksinya. Lihat tindak balasnya, dari situ anda boleh menilai sama ada anda mempunyai peluang ataupun tidak. Pada waktu yang sama, sentiasa ada untuknya pada saat dia memerlukan anda. Ingat, anda sahabat baiknya. Jangan  karana terlalu mengejar cinta, status dan tanggung jawab sebagai seorang sahabat diabaikan. Berdoalah kepada Tuhan agar dibukakan pintu hati si dia untuk anda.
Luahkan perasaan
Memandangkan anda merupakan sahabat baiknya, sedikit sebanyak anda tentu mengenali dan memahami dirinya. Jangan luahkan perasaan dengan cara yang dia tidak suka. Cari masa yang sesuai. Lakukan dengan penuh ikhlas dan berhikmah. Dia mungkin akan menerima atau menolak. Apapun keputusannya, terima dengan hati terbuka kerana anda sudah berterus-terang dan mendapat jawaban kepada setiap persoalan. Kalah setelah mencoba sedaya upaya lebih mulia daripada kalah sebelum pertarungan. Tidaklah anda menyesal di kemudian hari kerana tidak menyuarakan isi hati.
Cinta adalah anugerah dari Tuhan, dan merupakan fitrah seorang manusia. Seandainya si dia memang jodoh anda, bersyukurlah. Tetapi jika si dia mau kekal menjadi seorang sahabat, terimalah dengan ridha.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar


Pengikut