SELAMAT DATANG DI BLOG BELIANET SAMAHANI

Adakah Dia Masih Isteriku di Akhirat Kelak?

Pernahkah anda mendengar pernyataan ini…
Adakah kita masih bisa menjadi suami isteri di akhirat kelak?


Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”.

Sedangkan kita bisa saja kalau mau terus menyebut ayat ini sambil berdoa:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.



Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum kawin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum kawin akan dikawinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).

Ini karena ada juga lelaki belum kawin yang meninggal dunia.



2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak kawin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kawinkan oleh Allah dengan seorang dari pada lelaki yang masuk syurga.



4. Wanita yang meninggal dunia setelah kawin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.



5. Wanita yang kematian suami dan tidak kawin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikawini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.



6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan kawin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikawininya di dunia tidak terhitung berapa kali dia kawin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.




Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar


Pengikut