SELAMAT DATANG DI BLOG BELIANET SAMAHANI

Ciri-Ciri Isteri Dicari Suami

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keridhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu.
Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, karna bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.
Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti coba untuk menjadikannya kenyataan.


1. Isteri yang cerdik
Dengan arti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Golongan ijazah bukanlah kesuksesan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tau bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini! 
2.’Assistant’ dalam pengurusan keuangan keluarga 
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mulai mementingkan suami. Lebih-lebih lagi bajet keuangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda selalu drumah sepenuh masa ? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda. 
3. Manager dalam segala hal 
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-masalah kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu  memahami hakikat ini karena sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan bagus dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna krena menghargai anda.
.4. Selalu di belakang suami 
banyak isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka lupa bahwa banyak suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahwa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbedaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak 
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tau memasak. Bahkan kalau mau akan kasih sayang lebih dari suami harus tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap maukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan saja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya. 
6. Pandai jaga diri 
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ karena berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami. 
7. Menjaga keluarga mertua 
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Karena itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar


Pengikut